Thursday, December 25, 2008

Keharmonian dan kemanisan rumahtangga

Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh, kepada muslimin dan muslimat yang dikasihi semoga senantiasa diberkati Allah s.w.t. hendaknya.

Hari ini ana nak bincangkan perihal dan perilaku manusia yang bergelar suami dan isteri.

Di negara kita Malaysia hari ini telah meledaknya virus penceraian. Baik yang bergelar orang-orang ternama mahupun serendah-rendah darjat perkataan 'AKU CERAIKAN ENGKAU ......' amatlah mudah sekali dilafazkan. Kalau yang baru memasuki ambang perkahwinan tu kita tahulah masih perlu banyak belajar tetapi yang dah masuk ke waktu 'SENJA' juga tak kurang hebatnya. Bukankah Allah s.w.t. amat membenci dengan lafaz ' AKU CERAIKAN ENGKAU...'. Nampak sangat betapa ceteknya ilmu agama yang digalas oleh mereka selama memegang nama sebagai seorang 'Islam.' Ana ada ramai kawan-kawan yang bekerja di jabatan kerajaan tak kurang juga di jabatan swasta juga tak ketinggalan yang tidak bekerja. Golongan ibu tunggal (cerai hidup) bila ana risik-risik, rupanya suami pasang kayu dua. Betulah dunia akhir zaman ni ramai wanita dari lelaki, kalau dilihat di instituasi tinggi, berjawatan tinggi hah....pandu bas Rapid, pandu jet pun ada, jadi pemandu teksi dan pergi bulan pun dah ada wanita. Ana bangga dengan wanita-wanita ini. Sesungguhnya wanita hari ini telah berkedudukan tinggi setanding dengan orang lelaki kerana dalam masa yang sama mereka adalah ibu, isteri dan orang yang dihormati dengan karear mereka. TETAPI jangan lupa sehebat mana pun kita, janganlah melanggar batasan yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t., kerana tanggungjawab seorang ibu itu sebagai pengasuh, pendidik, tukang masak kepada keluarga mereka dan yang penting isteri kepada suaminya. Sesibuk mana pun mereka janganlah di abaikan tanggungjawab hakiki sebagai isteri. Ni ana tengok kalau keluar rumah bukan main melaram habis, tapi bila balik rumah macam nenek kebayan, pulak tu orang lelaki ni ana tahu pantang nenek moyang dia kalau orang perempuan berleter. Mentang-mentanglah gaji lebih besar dari suami, mereka pulak nak jadi bos dalam rumah tangga. Mana boleh. Kalau kita menghayati sirah Nabi, pada suatu hari ketika Khadijah meletakan kepalanya di pangkuan Rasullah s.a.w. tiba-tiba Khadijah terasa titisan air yang jatuh dari mata Rasullah s.a.w. Bila Khadijah memandang ke muka Rasullah s.a.w dia melihat Rasulullah s.a.w. menangis. Ditanya Khadijah kepada suaminya yang tercinta.. "Mengapakah kamu menangis wahai Muhammad s.a.w.. jawab Nabi s.a.w. Sesungguhnya aku menangis kerana aku telah menikahi kamu wanita yang amat cantik sekali, tetapi hari ini .......... kamu telah banyak membantuku dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang isteri yang mithali terutama ke jalan Allah s.w.t. Lihat! Lihat! Lihat! TETAPI wanita hari yang bergelar ibu dan isteri telah mengorbankan suami dan anak-anak mereka kepada bibik-bibik yang mereka gaji di rumah mereka. Dengan jawatan dan karear mereka yang hebat mereka telah melalaikan tanggungjawab mereka sebagai ibu dan isteri. Sebab itu kalau dilihat hari ini, ramai remaja-remaja berbakat besar dalam merialisasikan diri mereka sebagai mat dan minah rempit, penagih dada, penagih punggung, penagih dadah dan paling hebat sekali telah jadi pelakon dalam filem-filem lucah, arahan mereka sendiri. Suami-suami juga apalagi bibik-bibik bergetarrr... jadi santapan dan ratahan mereka. Boring dengan bibik mulakan operasi dengan orang ketiga. Kah!kah!kah! Wahai wanita yang bergelar ibu dan isteri, bangkitlah dari mimpi indahmu disiang hari, janganlah ingat langit selalu cerah hingga ke petang. Sayangilah anak-anak kamu. Belailah mereka, kerana mereka adalah amanah Allah s.w.t. kepada kamu. Tersilap langkah kamu mendidik mereka, NERAKA lah tempat kamu. Suami-suami juga perlu dibelai, bukan anak-anak sahaja. Sebab itu mereke ni suka pasang kayu dua atau tiga kerana mereka tidak mendapat belaian yang sepatutnya dari isteri mereka. Jadi nak salahkan siapa. Mungkin orang kedua atau ketiga telah dapat mengisi kekosongan jiwa mereka kerana rumahpun selalu kosong, isteri aktif sana sini. Oleh ubahlah sikap-sikap kita hari ini demi melahirkan keluarga yang bahagia dan harmoni. Sesungguhnya rumahtangan yang bahagia dan berjaya itu akan diberkati Allah s.w.t. Banyak doa-doa di dalam Al-Quran yang boleh kita jadikan amalan bagi mengukuhkan ikatan rumahtangga. Ana percaya lelaki bergelar suami ini segarang dan seNAKAL manapun, ISTERI adalah KUNCI segala-galanya. Wallahu alam. Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah s.w.t dan yang silap dan salah itu dari ana hambaNya. Amin ya rabal Alamin.

No comments:

Post a Comment