Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh, kepada muslimin dan muslimat yang dikasihi semoga senantiasa diberkati Allah s.w.t. hendaknya.
Hari ini ana nak bincangkan perihal dan perilaku manusia yang bergelar suami dan isteri.
Di negara kita Malaysia hari ini telah meledaknya virus penceraian. Baik yang bergelar orang-orang ternama mahupun serendah-rendah darjat perkataan 'AKU CERAIKAN ENGKAU ......' amatlah mudah sekali dilafazkan. Kalau yang baru memasuki ambang perkahwinan tu kita tahulah masih perlu banyak belajar tetapi yang dah masuk ke waktu 'SENJA' juga tak kurang hebatnya. Bukankah Allah s.w.t. amat membenci dengan lafaz ' AKU CERAIKAN ENGKAU...'. Nampak sangat betapa ceteknya ilmu agama yang digalas oleh mereka selama memegang nama sebagai seorang 'Islam.' Ana ada ramai kawan-kawan yang bekerja di jabatan kerajaan tak kurang juga di jabatan swasta juga tak ketinggalan yang tidak bekerja. Golongan ibu tunggal (cerai hidup) bila ana risik-risik, rupanya suami pasang kayu dua. Betulah dunia akhir zaman ni ramai wanita dari lelaki, kalau dilihat di instituasi tinggi, berjawatan tinggi hah....pandu bas Rapid, pandu jet pun ada, jadi pemandu teksi dan pergi bulan pun dah ada wanita. Ana bangga dengan wanita-wanita ini. Sesungguhnya wanita hari ini telah berkedudukan tinggi setanding dengan orang lelaki kerana dalam masa yang sama mereka adalah ibu, isteri dan orang yang dihormati dengan karear mereka. TETAPI jangan lupa sehebat mana pun kita, janganlah melanggar batasan yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t., kerana tanggungjawab seorang ibu itu sebagai pengasuh, pendidik, tukang masak kepada keluarga mereka dan yang penting isteri kepada suaminya. Sesibuk mana pun mereka janganlah di abaikan tanggungjawab hakiki sebagai isteri. Ni ana tengok kalau keluar rumah bukan main melaram habis, tapi bila balik rumah macam nenek kebayan, pulak tu orang lelaki ni ana tahu pantang nenek moyang dia kalau orang perempuan berleter. Mentang-mentanglah gaji lebih besar dari suami, mereka pulak nak jadi bos dalam rumah tangga. Mana boleh. Kalau kita menghayati sirah Nabi, pada suatu hari ketika Khadijah meletakan kepalanya di pangkuan Rasullah s.a.w. tiba-tiba Khadijah terasa titisan air yang jatuh dari mata Rasullah s.a.w. Bila Khadijah memandang ke muka Rasullah s.a.w dia melihat Rasulullah s.a.w. menangis. Ditanya Khadijah kepada suaminya yang tercinta.. "Mengapakah kamu menangis wahai Muhammad s.a.w.. jawab Nabi s.a.w. Sesungguhnya aku menangis kerana aku telah menikahi kamu wanita yang amat cantik sekali, tetapi hari ini .......... kamu telah banyak membantuku dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang isteri yang mithali terutama ke jalan Allah s.w.t. Lihat! Lihat! Lihat! TETAPI wanita hari yang bergelar ibu dan isteri telah mengorbankan suami dan anak-anak mereka kepada bibik-bibik yang mereka gaji di rumah mereka. Dengan jawatan dan karear mereka yang hebat mereka telah melalaikan tanggungjawab mereka sebagai ibu dan isteri. Sebab itu kalau dilihat hari ini, ramai remaja-remaja berbakat besar dalam merialisasikan diri mereka sebagai mat dan minah rempit, penagih dada, penagih punggung, penagih dadah dan paling hebat sekali telah jadi pelakon dalam filem-filem lucah, arahan mereka sendiri. Suami-suami juga apalagi bibik-bibik bergetarrr... jadi santapan dan ratahan mereka. Boring dengan bibik mulakan operasi dengan orang ketiga. Kah!kah!kah! Wahai wanita yang bergelar ibu dan isteri, bangkitlah dari mimpi indahmu disiang hari, janganlah ingat langit selalu cerah hingga ke petang. Sayangilah anak-anak kamu. Belailah mereka, kerana mereka adalah amanah Allah s.w.t. kepada kamu. Tersilap langkah kamu mendidik mereka, NERAKA lah tempat kamu. Suami-suami juga perlu dibelai, bukan anak-anak sahaja. Sebab itu mereke ni suka pasang kayu dua atau tiga kerana mereka tidak mendapat belaian yang sepatutnya dari isteri mereka. Jadi nak salahkan siapa. Mungkin orang kedua atau ketiga telah dapat mengisi kekosongan jiwa mereka kerana rumahpun selalu kosong, isteri aktif sana sini. Oleh ubahlah sikap-sikap kita hari ini demi melahirkan keluarga yang bahagia dan harmoni. Sesungguhnya rumahtangan yang bahagia dan berjaya itu akan diberkati Allah s.w.t. Banyak doa-doa di dalam Al-Quran yang boleh kita jadikan amalan bagi mengukuhkan ikatan rumahtangga. Ana percaya lelaki bergelar suami ini segarang dan seNAKAL manapun, ISTERI adalah KUNCI segala-galanya. Wallahu alam. Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah s.w.t dan yang silap dan salah itu dari ana hambaNya. Amin ya rabal Alamin.
Thursday, December 25, 2008
Wednesday, December 24, 2008
Assallamualaikum warahmatullhi taala wabarakatuh.
Kepada muslimin dan muslimat yang berkesempatan menatapi ruangan ana ini.
Ana rasa banyak perkara ana nak berkongsi dengan muslimin dan muslimat yang membaca ruangan ana ini. Kepada muslimin dan muslimat jangan lupa solat dulu sebelum berhibur di hadapan komputer yang melekakan ini. Sesungguhnya meninggalkan solat itu adalah satu dosa besar.
Ana nak bawa kepada muslimin dan muslimat perihal kejadian alam di Bukit Antarabangsa dulu. Sebenarnya telah banyak malapetaka di seluruh dunia telah kita tatapi. Kejadian-kejadian alam ini berlaku dengan izin Allah s.w.t.. Marilah sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah kepada umat Islam yang telah terkorban di dalam bencana-bencana alam ini. Semoga allahyarham dan allahyarhamah ini akan ditempatkan di tempat orang-orang beriman. Amin ya rabbal alamin.
Wahai saudara-saudara Islam ku.... Insafilah dan muhasabahlah diri kita ini dengan mengambil pengajaran di atas perkara-perkara yang berlaku ini. Sesungguhnya pusingan kehidupan kita telah hampir sampai ke perhentian terakhir. Ingatilah dari mana asal kita, siapa yang menjadikan kita. Tiada kuasa ajaib yang lebih handal dan hebat dari kuasa Allah s.w.t.. Apabila kita mencabar kehebatan dan kuasanya nescaya padahlah akhirnya. Kita lupa bila kita dengan rakusnya mencari keuntungan dunia sehingga kita mengabaikan keperluan kehidupan makhluk lain inilah balasanya. Bukankah monyet, harimau, burung dan binatang-binatang lain juga adalah makhluk yang dijadikan oleh Allah s.w.t. Bila kita seronok menceroboh dan memusnahkan tempat tinggal mereka jangan lupa!!! mereka juga berzikir dan berdoa dengan Allah s.w.t... Lihat apa yang kita telah dapat hari ini. Mungkin esok, lusa, tulat dan tunggu..... sesungguhnya DIA melihat dan mengetahui walau sebesar biji zarah apa yang di dalam hati kita, apa yang manusia rancangkan. Sesungguhnya kita sendiri yang membinasakan diri, tempat tinggal dan keluarga kita sendiri. Ya Allah ampunilah mereka-mereka ini dan berikanlah hidayah serta tempatkan mereka-mereka di tempat orang-orang beriman. Sesungguhnya yang baik dari Allah s.w.t. dan yang kurang, salah dan silap itu dari diri ana, hambaNya. Amin ya rabbal alamin.

Subscribe to:
Posts (Atom)
.jpg)